CERITA KAMI

Odoo • A picture with a caption

Miss Elwani adalah jenama gaya hidup, kesihatan & kecantikan yang memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk menemui jati diri mereka yang sebenarnya. Jenama ini diasaskan oleh pasukan ibu dan anak yang berminat untuk menghasilkan produk kesihatan & penjagaan diri yang berkualiti tinggi, Halal & patuh Syariah, selamat dan bebas dari bahan - bahan yang dilarang. Mereka yang menggunakan produk kami terutamanya wanita dari pelbagai lapisan masyarakat akan berasa keyakinan diri yang tinggi dan mendapat hasil tanpa mengorbankan nilai - nilai kesejahteraan mereka.

Diilhamkan dari nama timangan pengasas bersama Erat Empayar Sdn Bhd, Wani dan perenang pingat emas Olimpik, Rania Elwani. Nama Miss Elwani melambangkan pemberdayaan wanita, kejujuran kepada diri sendiri dan sentiasa berani untuk memenuhi impian diri.

Syazwani Nur Arina yang telah menamatkan pengajian Sarjana di Universiti berprestij di Malaysia. Sebagai Duta syarikat, Wani bertekad untuk memberi peluang kepada wanita muda seusianya untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan yang ditawarkan oleh jenama Miss Elwani. Beliau ingin mereka buktikan bahawa menjadi muda adalah masa yang terbaik untuk memulakan karier.

Produk terbaru kami adalah Minyak Kelapa Dara Berperisa : Strawberry, Blackcurrant, Passion Fruit & Creme Brulee. Minyak Kelapa Dara juga dipanggil Minyak Panjang Umur. Minyak Kelapa Dara yang melalui proces "Cold Press" ini kaya dengan asid Laurik yang diketahui bermanafaat sebagai agen anti bakteria & anti virus. Ia membantu membina sistem imun dalam memerangi penyakit.

Kami juga menginovasikan pembungkusan sabun muka VCO Bar dengan mengunakan bekas, berbeza dengan produk sabun yang lain yang kebanyakannya menggunakan kotak. Kami mendapat idea setelah mendapat maklumbalas dari sabun pertama kami iaitu Clarity Bar yang tidak dihasilkan lagi.

Sehingga kini, jenama Miss Elwani telah menerima pelbagai permintaan untuk memasrkan produk kami ke peringkat antarabangsa keran kualiti dan pembungkusan produk yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia.